S Pink Premium Pointer

Saturday, October 31, 2015

Pemakanan Sihat Mengikut Amalan Diet Rasulullah SAW

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Dalam aspek berkaitan etika pemakanan sihat, diet Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan dan ikutan kerana baginda adalah contoh teladan yang terbaik buat semua umat manusia. Rasulullah SAW merupakan seorang yang mementingkan khasiat dan mutu makanan yang diambil agar mendapat  keberkatan dan manfaat daripadanya.
Rasulullah SAW mengelakkan minuman susu bersama makanan berprotin dan melarang memakan campuran pelbagai jenis daging. Baginda SAW lebih banyak mengambil bijirin, sayuran dan buah-buahan kerana corak pemakanan sebegini adalah sihat dan berkhasiat seperti juga yang disarankan oleh pakar nutrisi pada hari ini.
Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai kadar lemak yang rendah. Justeru, pengambilannya mengurangkan lemak di dalam badan dan amat bermanfaat bagi mereka yang ingin mengawal kegemukan. Di samping itu, ia juga mengandungi zat dan vitamin lain yang seimbang untuk kesihatan badan di samping memantapkan lagi sistem pertahanan badan seseorang.
Rasullulah SAW tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga pemakanannya setiap hari. Kita cubalah ikut cara diet Rasulullah SAW agar sentiasa sihat dan tidak mengalami sakit perut ataupun keracunan makanan.

Antara tatacara pemakanan sihat Rasulullah SAW adalah:

 1. Rasulullah tidak minum susu sewaktu baginda memakan daging, ayam ataupun ikan
                                               .  
Nabi Muhammad SAW pernah melarang para sahabat daripada makan ikan bersama susu. Dikuatiri akan cepat mendapat pelbagai penyakit yang berkaitan dengan usus seperti cirit-birit.

2. Rasulullah SAW melarang meminum susu bersama cuka.

Cuka boleh merencatkan penyerapan protin susu dan kemasamannya boleh menghakis perut melalui tahap keasidannya, lama kelamaan boleh menyebabkan gastrik.

3. Elakkan minum susu bersama makan buah.

Contohnya koktel. kerana gabungan dua bahan ini boleh meningatkan kadar keasidannya perut yang menyebabkan sebu dan gastrik.

4. Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad.
 

Dalam Kitab Al-Quran ada melarang manusia untuk makan makanan darat bercampur makanan laut misalnya memakan nasi berlaukkan tom yam dan lauk kenduri. Haiwan di laut dan di daratan mengandungi cas ion yang berbeza. Dapatan kajian daripada Saintis menunjukkan dalam badan makanan darat mengandungi ion+(Positive Ions) sedangkan dalam makanan laut mempunyai ion-(Negetive Ions), jika kedua-dua jenis makanan ini bercampur maka akan terjadinya tindakbalas biokimia (Biochemical reactions) yang aktif dalam tubuh sekaligus mampu menyebabkan perut dan usus rosak dengan teruk. 

5. Rasulullah SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan makanan berat, seperti gandum atau roti.

Makan buah sebelum makan (1/2 jam sebelum makan nasi). Kita tak sepatutnya makan buah selepas makan nasi. Buah-buahan mengandungi serat/fibre yang tinggi. Apabila kita makan buah sebelum makan nasi, secara automatik perut kita telah penuh dengan serat. Jadi, kita tak akan makan nasi dalam kuantiti yang banyak.

6. Nabi Muhamad SAW biasa memakan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat.
Menurut Bukhari-Muslim, Nabi SAW bersabda: “Al-Habbah Al-Sawda’ mempunyai ubat bagi segala penyakit kecuali mati”.

Pemakanan berasaskan bijian-bijian sememangnya berkhasiat kerana ia kaya dengan bahan phytonutrients. Phytonutrients adalah sejenis antioksidan yang berkuasa tinggi yang mampu meningkatkan sistem pertahanan badan, menyihatkan jantung, mengawal penyakit kencing manis dan kegemukan yang melampau (obesiti) serta juga mampu mencegah kanser.
Al-Hakam Bin Uyainah berkata: “Adapun Rasulullah SAW tidaklah Baginda tidur malam sehingga Baginda memakan Habbatus Sawda’ dan madu. Begitulah jua amalan Baginda pada awal pagi untuk tenaga, hafalan dan menghilangkan masalah lendir (lelah/asma).”

7. Baginda SAW juga makan roti yang diperbuat daripada gandum asli. 

Gandum sempurna (whole grain wheat) mempunyai perbezaan berbanding tepung gandum proses kerana ia mengandungi kadar protein, serat dan vitamin E yang tinggi di mana ia dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan merendahkan kadar kolesterol. Roti gandum mengandungi karbohidrat di mana setiap individu memerlukan 50 hingga 60 peratus karbohidrat setiap hari untuk membekalkan tenaga dan juga mempunyai zat-zat logam yang lain, vitamin dan serat untuk kepentingan kesihatan manusia. 
Dalam riwayat lain menurut Abu Daud, Yusuf bin Abdullah bin Salam ra meriwayatkan, “Aku melihat Rasulullah SAW mengambil sekeping roti gandum dan diletakkan tamar di atasnya dan memakannya”.
Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata, ” Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut-turut dan (pada hari mereka tidak memperolehi roti) mereka memakan tamar”.

8. Buah tamar sememangnya sinonim dalam kehidupan Nabi Muhammad SAW, ia dianggap sebagai makanan yang sempurna kerana ia mengandungi pelbagai khasiat yang diperlukan untuk kesihatan manusia.

Kandungan serat yang tinggi dan lemak yang rendah serta gabungan beberapa zat lain yang terkandung di dalam buah tamar menyebabkan ia amat berkhasiat dan sentiasa digemari dan menjadi hidangan penting bagi nabi dan keluarga. Manakala buah tamar pula mempunyai unsur- unsur seperti karbohidrat, protein, serat, lemak serta zat logam yang lain untuk melengkapkan lagi hidangan tersebut.
Bukhari dan Muslim meriwayatkan; bahawa Aisyah berkata, “Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging”.

9. Nabi SAW juga memakan buah-buahan lain seperti tembikai.

Sehubungan dengan ini, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan bahawa Aisyah pernah berkata, “Rasulullah pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengan buat tamar basah.” Tembikai mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus gula serta mengandungi antioksidan yang disebut lycopene yang mampu mencegah daripada pelbagai penyakit terutamanya kanser.

10. Di samping itu, Rasulullah SAW juga mengemari sayuran dari jenis mentimun (cucumber).

Mentimun kaya dengan air justeru ia menyejukkan badan. Di samping itu, mentimun juga mengandungi vitamin C yang mampu meredakan radang kulit dan juga mengandungi silika. Silika merupakan unsur penting yang diperlukan bagi menjamin kesihatan sistem saraf yang melibatkan otot, tendon, ligamen dan tulang. Oleh kerana mentimun mengandungi banyak air, maka pengambilannya dengan makanan yang berserat merupakan satu langkah yang baik kerana ia akan memberi manfaat yang lebih berkesan kepada kesihatan tubuh badan.

11. Nabi SAW juga menggalakkan penggambilan madu.

Baginda SAW mengamalkan minum air sejuk yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Ia mennghindar daripada segala penyakit.

“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang yang memikirkan” – (An-Nahl: 68-69).

12. Nabi SAW sentiasa mengamalkan banyak meminum air dengan meneguk perlahan-perlahan sambil memegang gelas dengan tangan kanan  dan melarang bernafas atau menghembus ke dalam air tersebut. Hal ini kerana udara yang sengaja dibuihkan dalam air itu mungkin mengandungi kuman dan bacteria yang merbahaya kepada kesihatan.

Jangan meneguk air ketika sesi menjamah makanan, minumlah air jika tersedak, berasa kekeringan ataupun setengah jam sesudah makan, hal ini akan melancarkan selera makan serta mengelakkan dari terkena penyakit kembung air. Meminum air sekurang-kurangnya setengah jam sesudah makan dapat mengembalikan tenaga yang hilang pada kadar tempoh yang lama serta mengembalikan keserian wajah dan awek muda.

13. Nabi Muhamad SAW melarang manusia makan dengan banyak dan melampau.


                                                         Diriwayatkan bahawa para sahabat berkata dari Rasulullah SAW:
                                                                       نحن قوم لا نأكل حتى نجوع وإذا أكلنا لا نشبع

Kita (kaum muslimin) adalah kaum yang hanya makan bila lapar dan berhenti makan sebelum kenyang.
Sebaliknya manusia itu hanya perlu makan ketika ia lapar dan berhenti sebelum ia kenyang. Baginda SAW meminta seseorang itu untuk mengisi 1/3 daripada ruang perutnya dengan air, 1/3 dengan makanan dan selebihnya dengan ruang kosong (udara).

14. Menjamah secubit garam

Nabi Muhammad SAW juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan kanan setelah makan.

15. Baca basmalah dan berdoa sebelum dan setelah makan. Cucilah tangan juga sebelum dan selepas makan       

                                                                      Doa sebelum makan;
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ
“Ya Allah berkatilah kami padanya (makanan kami) dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya.
Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, ‘Alhamdulillah- illazi ath’amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin’, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Tirmidzi)

16. Nabi SAW juga mengajar  kita makan dengan tangan kanan tanpa sudu, garfu ataupun chopstick. 

Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.”(HR Muslim)
Apabila selesai hendaklah dijilat jari-jari tersebut. Ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (Enzim sejenis alat percerna makanan tanpanya makanan tidak hadam).
 


"Dan janganlah ia mengelap tangannya dengan mindil/tuala, hendaklah ia menjilati tangannya kerana seseorang itu tidak mengetahui pada makanannya yang mana ia mengandungi berkat untuknya, sesungguhnya syaitan itu selalu mengintai untuk merampas harta manusia dari segala penjuru sehingga di tempat makannya. Dan janganlah ia mengangkat shahfahnya (bekas makanan) hingga menjilatinya dengan tangan kerana sesungguhnya pada akhir makanan itu mengandungi berkat" (Kitab Silsilah hadis-hadis sahih no. 1404)

Berkata Iman Nawawi, tentang makna kalimat "Pada makanannya yang mana yang diberkati". Ia berkata : Sesungguhnya makanan yang dihidangkan untuk manusia itu mengandungi berkat sedangkan dia tidak mengetahui apakah berkat itu pada makanan yang ia makan atau pada sisa makanan yang melekat di tangannya atau pada sisa makanan di dalam shahfah atau pada suapan yang jatuh. Demikian hendaklah menjaga semua itu agar selalu mendapat berkat. (Fathul Bari 9/578).


17. Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk 
Sebaiknya kita yang menunggu makanan dan bukan makanan yang menunggu kita. Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk. Sebaiknya makan dalam keadaan duduk dengan menegakkan sebelah lutut sambil menekan perut. Hikmahnya dapat mengawal kuantiti makanan disamping mengatasi kembung dan senak perut.

18. Makan berjamaah bersama keluarga atau sahabat.

Berkenaan dengan seseorang yang datang kepadanya dan Rasulullah SAW bersabda; “Wahai Rasulullah, kami ini setiap kali makan tidak pernah kenyang.” Maka Rasulullah berkata: “Pasti masing-masing kamu makan sendiri-sendiri.” Orang itu menjawab: “Benar, Ya Rasulullah!” Rasulullah berkata: “Berjamaahlah dalam menyantap makananmu.”

19. Rasulullah SAW melarang meninggalkan makan malam.

Sesiapa yang meninggalkan makan malam, dia akan mempercepatkan proses penuaan sebelum masanya kerana keasidan serta tahap kolestrol dalam darah dan badannya akan berganda. Makanlah sekadar mengisi perut (bukan kenyang) walaupun dengan sebiji kurma untuk proses penghadaman dan proses metabolisma gizi-gizi makanan ke saluran bahagian lain kerana semasa tidur pertumbuhan badan kita akan menentukan tahap kesihatan kita. Para ahli zuhud berpendapat makan malam mampu memberi tenaga untuk berqiam pada waktu malam untuk beribadat.

20. Elakkan kekenyangan sebelum tidur kerana ia berperangai seperti Firaun di samping mudah dipengaruhi syaitan.  Suatu ketika Nabi Yahya a.s. berbual dengan iblis; Berkata iblis: “Ya ada, kadang-kadang kamu kenyang, lalu aku membuat kamu merasa berat untuk bersolat dan berzikir”.

Dari segi kesihatan pula adalah tidak digalakkan makan sebelum tidur, sekurang kurang 2 jam sebelum tidur kerana tidur dengan kekenyangan boleh memudaratkan sistem tubuh badan. Makanlah sebelum jam 9.00 malam dan jika lapar selepas makan berat awal, pada jam 6-7 malam, ambillah hanya sedikit makanan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum masuk tidur.

21. Berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan dan disunatkan berpuasa pada hari-hari tertentu boleh menjamin kesihatan yang berkekalan sepanjang hayat.

Apabila bersahur, minumlah sekurang-kurangnya segelas air sejam sebelum solat subuh dan selewat-lewatnya 10 minit sebelum masuk waktu imsak. Ini adalah perlu bagi menjamin kekuatan sewaktu menjalani ibadah puasa. Manakala apabila berbuka puasa pada waktu Maghrib, perlu disegerakan dengan memakan 3 biji kurma atau manisan dan segelas air terlebih dahulu.

 22. Islam melarang penganutnya untuk meminum arak, memakan babi dan anjing serta keluarganya, binatang dan tumbuhan yang beracun, berbisa dan berbahaya. Dilarang juga memakan najis, (darah, nanah, air mazi dan sebagainya) serta serangga yang hidup melata, jijik lagi beracun.

Oleh itu, pengambilan diet dan menghindari larangan seperti di atas yang diamalkan oleh Rasulullah SAW merupakan aturan yang baik untuk mengekalkan kesihatan dan ia telah pun dibuktikan akan kelebihannya melalui kajian sains semasa. Justeru, amalan pemakanan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW seharusnya diikuti dan dicontohi oleh semua peringkat umur. 

Friday, October 30, 2015

CARA RASULULLAH SAW MENJAGA KESIHATAN DIRI

Ini adalah cara Rasulullah menjaga kesihatan diri supaya tubuh badan sentiasa sihat.




1# SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH


Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.

2# CARA RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN ADALAH DENGAN AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi.
Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)

3# RASULULLAH TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.

4# RASULULLAH MENJAGA KESIHATAN DIRI DENGAN GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat.
Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.

5# RASULULLAH TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali.
Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah di hati.

6# SENTIASA OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.

7# TIDAK PERNAH IRI HATI

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

8# JADILAH PEMAAF

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa.
Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti ia dapat mengelakkan masalah hati dan tubuh badan akan sihat.

Thursday, October 29, 2015

TOP 10 INTERESTING PLACES IN MALAYSIA


10Cameron Highlands
Cameron Highlands
The Cameron Highlands is one of Malaysia’s most extensive hill stations, first developed by the British in the 1920s. It has a population of more than 34,000 people consisting of Malays, Chinese, Indians and other ethnic groups. The Cameron Highlands is renowned for its trails. They lead visitors through the forest to waterfalls and other tranquil spots. Apart from its jungle walks, the sanctuary is also known for its tea plantations and visitors can book several “tea factory” tours.
9Georgetown Inner City
Georgetown Inner City
Named after Britain’s King George III, Georgetown is located on the north-east corner of Penang Island. Most of George Town’s population is of Chinese origin. Due to strict controls, George Town retains many of its colonial-era shophouses to this day. It is officially recognized as having a unique architectural and cultural townscape without parallel anywhere in Southeast Asia. The town truly springs to life in the evenings, when most of the locals head to the nearby street hawkers to have their meals and drinks.
8Taman Negara
Taman Negara
Taman Negara, which literally means “national park” in Malay, is one of the oldest tropical rain forest in the world. It features massive trees, waterfalls, jungle treks of various duration and the world’s longest canopy walkways. Several trails enable the visitor to explore the forest without a guide. Taman Negara is a haven for endangered species such as the Asian elephant, tigers, leopards and rhinos, but numbers are low and sightings are very rare. It’s unlikely that you will see anything more than birds, small deer, lizards, snakes and perhaps a tapir.
7Pulau Tioman
Pulau Tiomanflickr/soham_pablo
Tioman is a small island located off the east coast of peninsular Malaysia. In the 1970s, Time Magazine selected Tioman as one of the world’s most beautiful islands. Tourists have surged to the island ever since, seeking a taste of paradises. The island is surrounded by numerous white coral reefs, making it a haven for scuba divers while the interior is densely forested. Visitors outnumber villagers outside the monsoon (November to February), but Tioman can be virtually deserted at other times.
6Mount Kinabalu
Mount Kinabaluflickr/Eric in SF
With a summit height at 4,095 meters (13,435 ft), Mount Kinabalu is the highest mountain in Borneo. The mountain is known worldwide for its tremendous botanical and biological species biodiversity. Over 600 species of ferns, 326 species of birds, and 100 mammalian species have been identified at Mount Kinabalu and its surrounding. The main peak of the mountain can be climbed easily by a person with a good physical condition, and requires no mountaineering equipment although climbers must be accompanied by guides at all times.
5Petronas Twin Towers
Petronas Twin Towers
The Petronas Twin Towers in Kuala Lumpur were the world’s tallest buildings before being surpassed in 2004 by Taipei 101. However, the towers are still the tallest twin buildings in the world. The 88-floor towers are constructed largely of reinforced concrete, with a steel and glass facade designed to resemble motifs found in Islamic art, a reflection of Malaysia’s Muslim religion. The Petronas Twin Towers feature a sky bridge between the two towers on the 41st and 42nd floors.
4Langkawi
Langkawiflickr/trekker308
Malaysia’s best-known holiday destination, Langkawi is an archipelago of 99 islands in the Andaman Sea. The islands are a part of the state of Kedah, which is adjacent to the Thai border. By far the largest of the islands is the eponymous Pulau Langkawi with a population of about 65,000, the only other inhabited island being nearby Pulau Tuba. Fringed with long, white beaches and with an interior of jungle covered hills and craggy mountain peaks, it’s easy to see why this is Malaysia’s most heavily promoted tourist destination. The most popular beaches can be found on the west coast with a wide choice of restaurants and eateries and some of the best resorts in Langkawi.

See also: Where to Stay in Langkawi

3Perhentian Islands
Perhentian Islandsflickr/Adamina
Located off the coast of northeastern Malaysia not far from the Thai border. The Perhentian Islands are the must-go place in Malaysia for budget travelers. They have some of the world’s most beautiful beaches and great diving with plenty of cheap accommodation. The two main islands are Perhentian Besar (“Big Perhentian”) and Perhentian Kecil (“Small Perhentian”). Both the islands have palm-fringed white sandy beaches and turquoise blue sea.
2Sepilok Rehabilition Centre
Sepilok Rehabilition Centre
Sepilok Orang Utan Rehabilitation opened in 1964 for rescued orphaned baby orangutans from logging sites, plantations and illegal hunting. The orphaned orangutans are trained to survive again in the wild and are released as soon as they are ready. The Orang Utan sanctuary is located within the Kabili-Sepilok Forest Reserve, much of which is virgin rainforest. About 60 to 80 orangutans are living free in the reserve. It is one of Sabah’s top tourist attractions and a great stopover on any Malaysia itinerary.
1Mulu Caves
#1 of Tourist Attractions In Malaysia
The Mulu Caves are located in the Gunung Mulu National Park in Malaysian Borneo. The park encompasses incredible caves and karst formations in a mountainous equatorial rainforest setting. The Sarawak chamber found in one of the underground caves is the largest cave chamber in the world. It has been said that the chamber is so big that it could accommodate about 40 Boeing 747s, without overlapping their wings. The enormous colony of Wrinkle-lipped bats in the nearby Deer Cave exit almost every evening in search of food in a spectacular exodus.













Friday, October 16, 2015

PERSONAL PARTICULARS




NAME                             : NUR NABILAH BT SHAFIE
MATRIC NUMBER        : 221379
AGE                                : 22
NATIONALITY              : MALAYSIA
RELIGION                      : ISLAM
GENDER                        : FEMALE
PROGRAMME               : MUAMALAT ADMINISTRATION
E-MAIL                          : nabylla02@gmail.com